Sunday, 16 October 2011

Kelahiran Entry Pertama

 Assalamualaikum semua dan salam perkenalan dari blogger yang kacak berjiwa bunga cactus bernama AYAP. fuhh. banyak dugaan bila aku nak buat blog ni dan jugak satu satu bala menimpa bila nak buat entri pertama aku ni. macam-macam. tak terkira banyaknya. hahahaha baru beberapa minit yang lepas aku dah siap nak publish dah post yang aku buat macam karangan spm. tapi malangnya tiba-tiba laptop ku terpadam dan terupdate sendiri. okay, aku tahu ini dugaan yang jatuh bertimpa-timpa wahai AYAP. hahaha. sibuk pasal kelahiran entri pertama aku ini lah bagai,teringat lagi beberapa jam yang lepas,aku terkandas pula dalam lebih kurang dua atau tiga jam. mana taknya,nak buat blog pun tak tahu nak search web dia dekat google. siap bertanya kawan-kawan dekat Facebook. satu hapak pun tak dapat makna.buang letrik je jemari ku nak bertanya lagi. last-last bila dah usha tiga empat kali kenapa, baru lah tahu yang time zone kat laptop zaman purba ini salah.siap aku usha lagi tu dekat google 'How to adjust your time zone in Windows 7'. terasanya ke'noob'an aku sampai sanggup buat macam tu. bila dah siap setting sume alter sume benda. terasa pulak lapar,turun pulak ke dapur pukul dua pagi tadi,dengan nasi kosong berlaukkan ikan bilis goreng tepung.aku pun mula memikirkan apa la nak kasi nama blog aku ni. pikir punya pikir sampai aku rasa otak aku dah berbuih,aku pun pergi lah  tanpa lengahnya ke depan lappy ni. tak jugak dapat idea apa nak kasi nama. haish. penyudahnya,bantai layan komik di bawah ni:
korang patut usha komik zaman kanak-kanak aku ni :)



haha! selepas telah ku habiskan lebih kurang 60 pages bace komik Dr Slump tu. baru lah aku terpikir nak bagi nama apa dekat masterpiece aku ni. maka terciptalah BABUN TUNGGAL. ada hidden meaning di sebalik nama ini. tapi tak syok lah kan kalau kasi tahu awal-awal. lain kali kalau takde aral melintang aku kasi story mory lah sampai korang rase korang kena siap-sap prepare gula-gula hack satu balang & tiga gelas nescafee bancuh susu nak baca apa yang post ni.

Memang pagi ni kenangan terindah bagi aku! kalau nak cerita semua,satu purnama lamanya aku kena bertapa depan monitor ni hah nak taip panjang-panjang. So pada sesiapa yang memblog walking di blog aku ni,harap korang tak terdetik dalam hati korang tu nak delete langsung ingatan korang, yang korang pernah lawat blog aku yang memang carca marba dan penuh dengan puitis-puitis ini :)

Hey ayap,say HOLLA to your new world dude!!

No comments:

Post a Comment