Monday, 17 October 2011


Admin mengaku memang payah bagi anak-anak belia remaja apabila kaum ibu sekarang sudah pandai mahu memFaceBook :) Ke admin sendiri yang kolot otak tepu liat nak mampus nak menerima culture shock macam ni ? Maaf lah  dari hujung kuku jemari admin yang ada sikit kotoran melekat sampai lah ke hujung rambut admin yang penuh dengan penyesalan sebab rambut tidak selurus rambut Justin Bibir kalau fikiran admin ini memang agak ke80-an . Wahahaha admin sudah mula merapu gamaknya! Maaf sekali lagi kerana tergelincir dari topik asal ! okay !

 Berbalik kepada entry admin ini , apabila emakku ketagih FaceBook ? Walaupun ada pros & cons nya. Admin sendiri mengakui bahawa admin tidak senang melihat kes ini yang dikategorikan sebagai kes berat pada minda admin yang agak sesak dengan mengadap laptop sambil mendengar lagu rock 'mata sepet' di siaran radio yang agak terkenal di M'sia ini. Admin terpaku sebentar memikirkan apakah motif band rock terbabit memberi nama yang busuk kepada lagunya? Tiada nama lainkah yang lagi enak didengar? Kenapa tidak sahaja diletakkan judulnya 'mata terkena timbil' ? Iye iye admin mengaku monorel sudah 'tergelincir' lagi daripada 'landasannya'! Huhuhuhu!





Tak sia-sia mengajar tuition pasal FB dekat emakku :)
Kini emakku mampu meng'add' ramai orang,termasuk lah rakan-rakanku dan juga babun ku!.
Maka dengan itu,setiap langkah dan gerak geriku diperhatikannya! hahahaha NASIB-NASIB!!
Ehem-ehem! apabila emakku ketagih FaceBook! (tanpa rasa bersalah mementionkan balik topik ini) Dulu kalau kehidupan seharian emakku banyak ditumpahkan kepada bunga orkid dan bunga-bunga yang tidak diketahui nama saintifiknya di rumahnya , sekarang pula emakku sibuk berFaceBook dan  banyak mencari berita terkini artis Indonesia di pautan Google dan juga mencari lagu-lagu lama zaman muda-mudinya di YouTube sambil mengajak admin menyanyikan secara berganti-ganti lagu tersebut yang agak kealienan di kaca mata admin ini. Admin sendiri pelik mengapa admin begitu bersungguh-sungguh berkaraoke lagu tersebut bersama emak sambil abah mengelengkan kepala melihat telatah kami berdua :P 


Kadang-kadang kami berdua sampai berebut mahu menggunakan laptop ini untuk melayari internet (chewahhh bahasa ku yang agak sastera kedengaran) HAHAHA. Tapi apabila memikirkan balik setiap perkara yang terjadi ini, terselit sikit rasa kesyukuran sebab emak admin sudah ada platform untuk menumpahkan setiap ke'stress'an beliau mengajar murid-murid sekolah rendah yang diketahui ramai berperangai seperti otromen melawan gaban di sekolah dan meng'invisible'kan kebosanan beliau apabila berada di rumah . Apa pun yang terjadi , admin berdoa agar emak admin sentiasa ceria gembira dan terus memberikan kasih sayang pada admin selaku anak paling bongsu dan brutal! yeay! (ayat membodek)






Terima Kasih FB Mengeratkan Hubungan Kami :D



No comments:

Post a Comment